Violet Pacific terima pengiktirafan Bumiputera Business Excellence Award 2024

Dari Penulis

SYARIKAT pengiklanan tempatan, Violet Pacific Sdn Bhd (Violet Pacific) melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai pemenang Bumiputera Business Excellence Award (BBEA) 2024 yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.

Wakil Pengurusan Violet Pacific, Mazhanim Mohamed menyifatkannya sebagai pencapaian besar bagi syarikat tersebut yang telah beroperasi sejak 2019.

“Ini adalah detik yang cukup bermakna buat kami dan anugerah ini adalah hasil usaha keras setiap ahli pasukan, klien, pihak pengurusan, serta pemegang-pemegang taruh yang selama ini berdiri bersama kami,” katanya dalam kenyataa, hari ini.

Dengan pengiktirafan itu, Mazhanim berkata, pihaknya akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan sekali gus menjadi pilihan utama dalam perkhidmatan pengikanan dan media di negara ini.

“Ini bukan sekadar pencapaian buat syarikat, tetapi juga untuk industri pengiklanan dan juga komuniti Bumiputera,” tambahnya.

Baca artikel lain: Situasi banjir seluruh negara tunjuk tanda pemulihan

Anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof itu katanya lagi, melambangkan satu tonggak baharu dalam sejarah syarikat untuk menjadikannya lebih diyakini sebagai syarikat pengiklanan Bumiputera unggul di seluruh Malaysia.

BBEA 2024 merupakan sebuah platform yang bertujuan memperkasakan kemajuan serta memberi penghargaan kepada syarikat Bumiputera, perusahaan, usahawan dan personaliti di Malaysia atas pencapaian serta sumbangan mereka kepada industri.

Mengangkat tema ‘Menjuarai Kecemerlangan, Meraikan Kebersamaan’, anugerah itu turut menghimpunkan penggerak komuniti Bumiputera serta mengiktiraf jenama yang berusaha untuk memberi impak dalam industri perniagaan masing-masing.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita maut kemalangan Myvi, Axia di Sungkai

SEORANG wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan antara dua kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi dan sebuah Perodua Axia di...

More Articles Like This