Situasi banjir seluruh negara tunjuk tanda pemulihan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SITUASI banjir di seluruh negara kini menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi setakat pukul 1 petang tadi telah menunjukkan trend penurunan sebanyak 13.69 peratus.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara memaklumkan, setakat ini, 561 PPS yang masih dibuka manakala jumlah keluarga yang terjejas akibat banjir juga telah berkurang sebanyak 8.7 peratus melibatkan seramai 37,759 keluarga.

Menurut Ahmad Zahid, situasi banjir di Kelantan menyaksikan sebanyak 217 PPS masih beroperasi iaitu penurunan sebanyak 11.07 peratus.

“Jumlah keluarga yang ditempatkan di PPS di Kelantan turut berkurang sebanyak 9.57 peratus kepada 24,238 keluarga.

Baca artikel lain: Timor-Leste zahir simpati terhadap mangsa banjir di Malaysia, sedia tawar bantuan

“Situasi di Terengganu juga semakin baik dengan jumlah PPS menurun sebanyak 16.25 peratus kepada 237 dan jumlah keluarga terjejas berkurang sebanyak 6.14 peratus kepada 9,990 keluarga,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid mengingatkan bahawa walaupun keadaan ini membawa sedikit kelegaan, namun semua pihak yang terkesan harus terus berhati-hati dan mengutamakan keselamatan.

“Janganlah bermain atau mendedahkan diri kepada air banjir, walaupun paras air semakin surut. Air banjir sering tercemar dan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan seperti jangkitan kulit, penyakit bawaan air atau gigitan haiwan berbahaya,” katanya.

Beliau juga menasihatkan mereka yang terjejas supaya menjaga kebersihan diri dan kawasan tempat tinggal, terutama selepas kembali ke rumah masing-masing daripada PPS, serta terus mematuhi arahan pihak berkuasa.

Bagi yang masih berada di PPS, beliau menasihati mereka agar terus bersabar dan memberikan kerjasama sebaiknya kepada pasukan penyelamat serta petugas yang membantu, sambil turut mendoakan agar keadaan musibah ini akan terus bertambah baik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This