Bolos 15 kategori di FFM33, penerbit & pengarah Imaginur serahkan kepada barisan juri buat penilaian

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENERBIT Lumatic Films Sdn Bhd yang juga pengarah filem Imaginur, Nik Amir Mustapha, 39, tidak menyangka filem terbitannya itu berjaya mendominasi dengan mendapat 15 pencalonan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-33 yang bakal berlangsung pada 7 Disember ini. 

Nik Amir berkata, dia bersyukur kerana filem genre sains fiksyen romantik itu bukan sahaja tercalon dalam kategori Filem Terbaik, sekali gus bolos dalam kategori barisan pelakon utama dan pembantu serta pasukan kru produksi filem berkenaan.

“Soal kemenangan, saya fikir anugerah seperti ini terpulang kepada barisan juri yang membuat penilaian ke arah genre cerita yang bagaimana mereka pilih nanti.

“Kalau mereka ke arah genre cerita tertentu, kami terima sahaja keputusannya sama ada filem menang atau kalah besar pada malam kemuncak FFM 33 nanti,” katanya. 

Menampilkan lakonan mantap, Diana Danielle dan Beto Kusyairy, filem Imaginur berjaya mendapat 15 dari 24 kategori pencalonan pada FFM 33 membabitkan kategori seperti Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Wanita Harapan, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Poster Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Selain itu, filem berkenaan turut membolosi kategori Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Filem Terbaik. 

Mengenai persaingan pula, kata Nik Amir, pastinya filem Imaginur bersaing sengit dengan filem Abang Adik serta Sheriff tetapi berlainan dalam kategori dan genre. 

Filem Abang Adik arahan Jin Ong meraih 11 pencalonan dalam kategori yang dipertandingkan antaranya Pengarah Harapan, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Harapan dan Lakon Layar Terbaik. 

“Saya sudah menonton filem Abang Adik karya Jin Ong itu dan ia juga filem yang bagus. Begitu juga Sheriff arahan Syafiq Yusof. 

“Tanyalah pada semua calon pun pastinya semua berharap filem mereka akan menang tapi kita tunggu sahaja keputusan pada malam kemuncak,” katanya. 

Berkongsi kekuatan filem Imaginur pula, kata Nik Amir, mungkin ramai penonton dapat kaitkan dengan jalan cerita filem berkenaan sehingga ia berjaya meraih kutipan pecah panggung RM6 juta di pawagam tanah air pada tahun lalu. 

“Hasrat saya buat filem ini memang untuk tontonan rakyat Malaysia. 

“Saya mahu kongsi karya genre filem yang disukai dan tidak biasa disajikan kepada penonton tempatan.

“Kejayaan filem Imaginur diharap dapat menarik lebih ramai lagi penonton untuk menerima genre sains fiksyen romantik selepas ini,” katanya. 

Mengulas prestasi barisan pelakon pula, kata Nik Amir, dia sangat berpuas hati dengan komitmen terbaik barisan pelakon filem Imaginur terutama teraju utamanya, Beto dan Diana dalam filem itu. 

“Lakonan Beto dan Diana sangat bagus seperti dikehendaki skrip dan menjiwa karakter serta mereka memang ada bakat semulajadi. 

“Dari segi lakonan, mereka memang layak untuk menang kategori pelakon terbaik pada malam FFM 33 nanti,” katanya. 

Malam kemuncak FFM33 berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, jam 9 malam pada 7 Disember ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This