Shapadu CR Asia Sdn Bhd, dalam program PRefChem HSSE and Sustainability Day 2024 pada 25 November 2024, telah menerima “Focus Recognition” dari PRefChem sebagai tanda pengiktirafan kepada prestasi keselamatan yang memberangsangkan yg telah ditunjukkan oleh pihak Shapadu CR Asia.
“Focus Recognition” bertujuan untuk menghargai pencapaian Shapadu CR Asia dalam usaha dan dedikasi dalam mengekalkan standard keselamatan yg tinggi dan menjadi penanda aras kepada kontraktor PRefChem yg lain.
Selain itu, penganugerahan tersebut juga adalah bagi mengiktiraf pencapaian Shapadu CR Asia yg telah mencapai 2.7 juta jam waktu kerja selamat bagi kategori penyelenggaraan mekanikal, tanpa kemalangan yg melibatkan kehilangan waktu bekerja sejak penubuhan pada 2019.
“Focus Recognition” tersebut juga memberi pengiktirafan khas kepada pihak pengurusan tertinggi Shapadu CR Asia yang sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam setiap program keselamatan yang dianjurkan oleh pihak PRefChem.
Menurut Pengurus Besar Shapadu CR Asia, En. Rano Ariff yang mewakili syarikat untuk menerima anugerah dari Ketua Pegawai Eksekutif PRefChem, Mr. Joost Emmen, secara keseluruhan, syarikat Shapadu CR Asia telah mencapai waktu kerja selamat berjumlah 3 juta jam pada penghujung Oktober 2024 bagi keseluruhan kategori termasuk kerja-kerja selain daripada aktiviti penyelenggaraan mekanikal.
“Pihak syarikat sentiasa komited di dalam memastikan aspek keselamatan pekerjaan menjadi keutamaan bagi kesejahteraan para pekerja dan juga memenuhi keperluan pihak PRefChem dan pelanggan lain” ujar beliau.
PRefChem HSSE and Sustainability Day 2024 yang berlangsung di Pengerang Integrated Complex turut dihadiri oleh pihak pengurusan dan warga kerja PRefChem serta semua wakil kontraktor yang berkhidmat dengan PRefChem.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

