UMNO belum terima permohonan bekas ahli – Ahmad Zahid

Dari Penulis

UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sekiranya terdapat permohonan, perkara berkenaan akan dibentangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan datang.

“Setakat ini, tidak ada permohonan (daripada bekas ahli UMNO). Kita akan bawa kalau ada permohonan, (ia) akan dibawa kepada Jawatankuasa Pengurusan dan akan dibentangkan di Majlis Kerja Tertinggi jika ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada terdapat bekas ahli UMNO mengemukakan permohonan bagi menyertai semula parti itu.

Ditanya mengenai bila mesyuarat akan diadakan, Ahmad Zahid berkata ia dijangka pada Januari tahun depan atau bulan berikutnya.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 25 Nov lepas, menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyuarat MT di Kuala Lumpur memaklumkan keputusan sebulat suara itu dibuat selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan parti.

Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti itu.

Pada 1 Dis lepas, Ahmad Zahid dilapor berkata keputusan menarik balik penggantungan keahlian Tajuddin dalam UMNO adalah berikutan komitmen yang ditunjukkan beliau untuk kembali semula kepada parti itu.

Mengenai kenyataan bekas ketua penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan yang mengatakan beliau pandai membina naratif menjadi ‘hero’, Ahmad Zahid berkata: “Dia sudah tidak relevan lagi”.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This