Genap 2 tahun, TPM ikrar terus komited laksana tanggungjawab

Dari Penulis

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikrar akan terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memastikan lebih banyak lagi kejayaan yang boleh dibanggakan negara dicapai.

Sempena genap dua tahun beliau dilantik memegang jawatan itu dan juga sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Ahmad Zahid menerusi hantaran Facebook beliau hari ini berkata, sepanjang tempoh itu pelbagai cabaran dilalui dan banyak kejayaan dikecapi bersama.

Antaranya memperkenal sistem UP_TVET sebagai saluran tunggal permohonan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET kepada 94.5 peratus.

Selain itu mencapai kadar sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 7.9 peratus dengan jumlah eksport produk halal RM53.72 bilion, dan memacu kumpulan RISDA Holdings dengan mencatatkan prestasi kewangan RM37 juta dengan unjuran prestasi RM70 juta hujung bulan ini.

“Semua ini dilaksanakan dengan satu matlamat utama iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, dihormati dan sejahtera.

“Kejayaan ini bukanlah pencapaian seorang individu, tetapi hasil kerjasama erat antara seluruh rakyat, agensi dan pemimpin yang bersama-sama mendukung satu aspirasi,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This