BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menunjukkan salinan dokumen termasuk kad pengenalan lamanya, isteri dan empat anak serta surat beranak asal bagi membuktikan nama sebenar beliau.
Beliau berkata, kesemua salinan kad pengenalan berkenaan diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Ini adalah kad pengenalan yang sebenar, bukan seperti yang Ahmad Zahid tunjukkan di telefon bimbitnya. Kad pengenalan (dahulu) nama pemilik berada di belakang.
“Dalam telefon bimbit, macam-macam gambar boleh dimuat naik, dan ia tidak boleh diterima secara rasmi untuk memperakui kebenarannya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Terdahulu, ketika prosiding di mahkamah, Dr Mahathir ketika menjawab soalan peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, kesibukan menjadi Perdana Menteri adalah antara sebab tindakan saman itu tidak dimulakan lebih awal.
“Selepas menjadi Perdana Menteri, saya sibuk dengan urusan negara, bukan urusan peribadi. Urusan peribadi boleh ditangguhkan, tetapi urusan negara perlu diutamakan.
“Apabila Ahmad Zahid mengemukakan saman, saya berpendapat ia satu tindakan yang tidak boleh dibiarkan. Oleh itu, saya juga memutuskan untuk menyaman Ahmad Zahid.

Baca artikel lain: Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, hikmah dan akhlak mulia – Mohd Na’im
“Saya juga faham, tiada had masa untuk memfailkan saman ini selepas ucapan itu dibuat,” katanya.
Pada 20 Julai 2022, Dr Mahathir, 99, memfailkan saman itu dengan menamakan Ahmad Zahid, 71, sebagai defendan.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Dr Mahathir mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah, dan berniat jahat yang secara langsung merujuk kepada dirinya.
Kenyataan itu dibuat ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

