Ekosistem digital kukuh bantu angkat status negara berpendapatan tinggi – Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembinaan ekosistem digital yang kukuh melalui penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) merupakan satu kemestian dalam usaha mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Beliau berkata, ini kerana status negara berpendapatan tinggi itu hanya boleh dicapai sekiranya didorong oleh penggunaan digital.

“Sekitar 20, 30 tahun lepas tatkala saya mengepalai Kementerian Kewangan, hal-hal ini hanya dianggap suatu permulaan, tetapi ia telah menjadi suatu kemestian,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran NAIO di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

“Sebab itu sekali lagi saya tekankan mengapa kita (Malaysia) di antara beberapa negara awal di dunia yang meletakkan (mewujudkan) satu kementerian sebagai Kementerian Digital, kerana ini penentuan untuk menjayakan negara kita,” katanya.

Beliau menyifatkan penubuhan NAIO sebagai satu lakaran sejarah dan merupakan kesungguhan serta ikhtiar negara dalam melaksanakan transformasi digital, sekali gus memacu Malaysia ke tahap sebuah negara berinovasi.

Anwar bagaimanapun berkata usaha tersebut harus bermula dengan peningkatan kecelikan digital bermula daripada pendidikan asas, universiti dan perkhidmatan awam.

Baca artikel lain: Pengagihan gas antara Petronas-Petros selesai, kerajaan sedang perhalusi – PM

Beliau berkata pendedahan awal terhadap digital mampu membawa anjakan paradigma kepada pengurusan negara dan mengelakkan birokrasi terutama dalam perkhidmatan awam.

“Tentunya kita terima kenyataan bahawa cara dan kaedah menjalankan kerja yang lama harus melakukan peralihan atau anjakan paradigma, ia menuntut perubahan, pendekatan dan perubahan sistematik.

“Kita tidak boleh umpamanya hendak jayakan Malaysia sebagai negara digital namun terikat dengan kerangka pemikiran lapuk yang lama, apa lagi kalau kita hendak libatkan umpamanya syarikat besar.

“Ini kerana syarikat besar itu tidak akan membawa kebaikan kepada negara, kalau dia tidak selaraskan dengan penjawat awam, selaraskan dengan SME (Perusahaan Kecil dan Sederhana), PMKS (Perusahaan mikro, kecil dan sederhana) yang juga harus digalakkan (penggunaan digital) supaya memberikan dan menerapkan penyelesaian inovasi yang menuntut mereka membawa perubahan,” katanya.

Sementara itu Anwar berharap 50,000 pelajar dapat dilatih dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pengaturcaraan dan analisis data melalui platform MyMahir menjelang penghujung 2025.

Beliau berkata latihan keupayaan kepada anak tempatan itu penting dalam mencorak nilai dan etika AI negara berdasarkan identiti Malaysia yang sebenar.

“Sebab itu kita harus latih keupayaan anak-anak tempatan untuk memberikan perisian supaya yang dilontarkan oleh AI itu adalah yang dimasukkan oleh kita, bukan hanya dimasukkan oleh pandangan barat atau timur atau sistem lain, tetapi ada yang khusus dari kita,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This