PESURUHJAYA Pas Perak, Razman Zakaria menyampaikan permohonan maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung fitnah mengaitkan Pengerusi DAP Perak itu dengan insiden mengibar bendera negara China di Teluk Intan, Oktober lepas.
Razman berkata, beliau mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Kor Ming pada tarikh 13 September dan satu program pada 24 Oktober yang melibatkan insiden kibaran bendera negara China itu.
“Setelah dibuat penelitian daripada sumber maklumat, ternyata YB Nga Kor Ming tidak berada dalam program perarakan yang mencetuskan kontroversi tersebut.
“Saya mengaku bahawa dakwaan-dakwaan ini adalah tidak benar dan langsung tidak berasas. Saya meminta maaf tanpa apa-apa rizab kepada YB Tuan Nga Kor Ming untuk segala penderitaan dan rasa malu yang diakibatkan kepadanya disebabkan dakwaan-dakwaan ini,” katanya dalam kenyataan dimuat naik ke satu media sosial.
Baca artikel lain: Saarani maafkan Razman namun ‘damage has been done’
Razman turut berkata, kenyataan media tersebut telah diturunkan daripada media sosial dan beliau memberi aku janji tidak akan membuat apa-apa dakwaan yang serupa atau yang bersifat sama terhadap Kor Ming.
Kor Ming pada 25 Oktober memaklum akan mempertimbangkan mengambil tindakan atas dakwaan Razman yang menuduh Kor Ming berada dalam program sambutan Guan Dong Sedunia di Teluk Intan pada 24 Oktober lepas.
Peserta pada program itu dilaporkan telah mengibarkan bendera negara China dan videonya viral di media sosial sebelum satu laporan polis dibuat.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

