MENTERI Besar Perak menerima permohonan maaf Ketua Pembangkang, Razman Zakaria berhubung ucapan menyinggung perasaan di Dataran Menara Condong Teluk Intan, baru-baru ini.
Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebagai pemimpin politik setiap ucapan perlu dibuat secara berhati-hati kerana ia memberi kesan kepada pihak lain.
“Orang buat kesilapan, dia minta maaf, bermakna betullah dia buat silap. Tapi sebagai manusia, takkan kita nak marah balik, kita terimalah permohonan maaf itu.
“Tapi damage has been done. Jadi semua orang kena ingat, kita tak boleh celupar sangat mulut kita. Sebab bila kita celupar, kita terlepas cakap, dia merosakkan dan meremukkan hati ramai orang, ini orang politik semua kena ingat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Tourism Perak Management Berhad dengan Rimba Adventures Sdn Bhd bagi penganjuran di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.
Baca artikel lain: Peniaga pasar Rantau Panjang lelong barang, kurangkan kerugian akibat banjir
Terdahulu, Razman tampil memohon maaf terhadap susulan ucapannya dalam satu himpunan di Dataran Menara Condong baru-baru ini.
Permohonan maaf itu dibuat di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ketika membahaskan Belanjawan Negeri Perak 2025.
Dalam pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2025 pada 29 November lalu, Saarani meluahkan rasa terkilan dengan pihak tertentu yang memberi gelaran biadab dan menghina pentadbiran kerajaan negeri.
Menurutnya, pelbagai kejayaan dikecapi kerajaan negeri selama ini tidak dipandang sebagai suatu pencapaian yang membanggakan.
Sebaliknya beliau berkata, mereka seboleh-bolehnya cuba menutup kejayaan dikecapi dengan kebencian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

