Langgar belakang treler, 2 pemandu lori cedera di kaki dan tangan

Dari Penulis

DUA pemandu lori cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 37.9, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan pada 7.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori jenis Nissan yang dipandu lelaki tempatan berusia 36 tahun telah hilang kawalan lalu melanggar belakang treler.

“Akibat kemalangan, lori Nissan telah terbalik dan melintang di lorong kiri dan kanan lebuhraya.

“Kedua-dua pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan hanya cedera ringan di bahagian kaki serta tangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mohammad Haris di talian 016-9376728 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This