Tengku Zafrul sertai PKR? Fuziah sahkan belum terima permohonan

Dari Penulis

PKR masih belum menerima permohonan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dikatakan bakal menyertai parti itu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh seperti dilaporkan Malaysiakini, hari ini.

Menurut Fuziah, Jawatankuasa Pimpinan Pusat PKR akan membincangkan tentang permohonan keahlian baharu dalam mesyuarat bulanan parti itu.

Sekiranya benar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu akan menyertai PKR, Fuziah berkata, nama besar seperti Tengku Zafrul semestinya tidak akan terlepas pandang.

Malah, beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memaklumkan, Tengku Zafrul tidak pernah menghubunginya untuk berbincang atau menunjukkan minat menyertai PKR.

“Kita akan luluskan (permohonan keahlian) pada setiap mesyuarat pimpinan pusat. Setakat mesyuarat terakhir pada 30 November, tiada (daripada Zafrul).

“Permohonan kumpulan seterusnya akan dibincangkan dalam mesyuarat kami yang akan datang,” katanya.

Baca artikel lain: Megat Zulkarnain sangkal dakwaan Tengku Zafrul sertai PKR

Mengulas lanjut, Fuziah mengalu-alukan sesiapa individu yang mahu menyertai parti itu untuk mengisi borang keahlian melalui sistem dalam talian PKR.

Bagaimanapun, beliau berkata, setiap ahli baharu perlu melalui prosedur permohonan biasa dan tiada laluan khas diberikan.

“Saya tak ada terima personal pun daripada dia. Maksudnya jika dia mahu (sertai PKR), mungkin dia dah isi borang, mungkin dia dah isi dalam talian, kita tak tahu, sebab dalam sistem.

“Kita hanya akan keluarkan dari sistem itu bila nak mesyuarat,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan rundingan dikatakan giat dilakukan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR.

Malah, sumber dalaman UMNO Selangor dikatakan mendakwa, keputusan mengenainya akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Tengku Zafrul menjadi ahli UMNO Bahagian Kota Raja pada Januari 2023 sebelum mengangkat sumpah sebagai ahli MKT UMNO sebulan berikutnya.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin turut menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai khabar angin semata-mata.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This