PENGERUSI Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menyangkal dakwaan bahawa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bakal menyertai PKR.
Hangat diperkatakan di media sosial mengenai perkara itu, Megat Zulkarnain menyifatkannya hanya sebagai khabar angin semata-mata dan percaya Tengku Zafrul akan kekal bersama UMNO.
Kata beliau, pihaknya percaya ‘kasih sayang’ Tengku Zafrul yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja kepada parti cukup tinggi dan hubungan peribadi antara mereka juga baik.
“Saya tak ada dengar dan tidak dapat makluman, maka saya menganggapnya sebagai khabar angin.
“Saya percaya kasih dan sayang Tengku Zafrul kepada UMNO cukup tinggi, jadi saya masih beranggapan khabar angin, tidak tahu dari mana sumbernya,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan rundingan dikatakan giat dilakukan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR.
Malah, sumber dalaman UMNO Selangor dikatakan mendakwa, keputusan mengenainya akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Tengku Zafrul menjadi ahli UMNO Bahagian Kota Raja pada Januari 2023 sebelum mengangkat sumpah sebagai ahli MKT UMNO sebulan berikutnya.
Megat Zulkarnain berkata, pihaknya ada berjumpa Tengku Zafrul minggu lalu dalam pertemuan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Itu itu tidak dibincangkan sama sekali,” katanya.
Atas dasar itu, Megat Zulkarnain meminta perkara itu tidak disensasikan oleh semua pihak.
“Saya duduk sebelah Tengku Zafrul ketika pertemuan dengan Presiden UMNO dan perkara itu tidak ditimbulkan sama sekali,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

