Kedudukan Tengku Zafrul tidak dibincang Kabinet – Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEDUDUKAN Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kerajaan susulan tindakannya mengumumkan untuk keluar dari UMNO tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media, hari ini.

“Tidak berbangkit dalam Kabinet,” katanya ringkas ketika ditanya media sama ada tuntutan UMNO untuk meminta satu lagi kerusi Kabinet susulan keputusan Tengku Zafrul itu ada disentuh dalam mesyuarat hari ini.

Minggu lalu, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan semua jawatan dalam UMNO dan menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.

Beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan sebagai ahli UMNO.

Susulan itu, UMNO mahu supaya kuota tujuh menteri penuh di dalam Kabinet Persekutuan dikembalikan semula kepada parti itu.

Baca artikel lain: Tengku Zafrul keluar UMNO tidak hangatkan ‘suhu’ dalaman – Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui prerogatif yang beliau ada, akan dapat mengembalikan kuota tersebut kepada UMNO.

Sementara itu, mengulas penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 minggu lalu, Fahmi berkata, ketua negara dan kerajaan yang mengambil bahagian pada sidang itu turut menyatakan mereka sangat gembira dengan apa yang disediakan pihak Malaysia sebagai tuan rumah.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sedang meneliti apa cara terbaik untuk mengucapkan terima kasih (kepada ketua negara yang terbabit). Kita serahkan kepada Perdana Menteri untuk menyatakan kemudian,” katanya.

Beliau berkata, tumpuan selepas ini adalah persiapan untuk penganjuran Sidang Kemuncak ke-47 yang dijadual berlangsung Oktober depan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This