Empat sekawan leka hisap dadah ditahan

Dari Penulis

Polis menahan empat lelaki yang sedang leka menghisap dadah dalam serbuan di Jalan Seelong-Ulu Tiram di Kulai, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata kesemuanya yang berusia antara 33 hingga 49 tahun ditahan bersama empat peket dadah disyaki heroin seberat 1,036 gram. 

“Ketika serbuan, mereka cuba melarikan diri namun gagal selepas dikepung pihak polis. Mereka juga dipercayai baru selesai mengambil dadah di kawasan itu.

“Siasatan awal mendapati mereka adalah penganggur dan mendapatkan bekalan dadah dari luar daerah ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut beliau empat sekawan itu didapati positif dadah jenis morfin selain memiliki empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta jenayah.

Tan berkata dalam operasi berasingan, pihaknya menahan lelaki berusia 43 tahun bersama 21.78 gram dadah disyaki heroin di Lorong Bahagia, Bukit Batu pada awal pagi Sabtu.

Beliau berkata menerusi kedua-dua serbuan itu, polis merampas dadah berjumlah RM11,600, yang dipercayai boleh digunakan sebanyak 2,000 penagih.

Kesemua lima lelaki terbabit, katanya kini direman hingga Sabtu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This