PEMANDU Mercedes yang tular selepas melanggar seorang penunggang motosikal sehingga parah di Kilometer 8, Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), pukul 12.35 tengah hari semalam, ditahan polis.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/8148
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal Honda Vario 160 bergerak lurus di lorong kiri jalan telah dilanggar oleh kereta Mercedes GLE450 AMG Coupe.
Akibat dari perlanggaran itu, penunggang motosikal iaitu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun telah jatuh di atas jalan raya.
“Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala, muka dan perut.
“Pemandu Mercedes didapati tidak berhenti lalu terus memandu ke arah Wangsa Maju dan terhenti di Kilometer 18.1 SPE sebelum Plaza Tol Wangsa Maju kerana mengalami kebakaran di bonet hadapan.
“Pemeriksaan mendapati pemandu Mercedes tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pemandu Mercedes iaitu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun telah ditahan dan permohonan reman akan dibuat pada pukul 10 pagi ini.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati dan berhemah supaya tidak menyebabkan kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

