[VIDEO] Sebati dengan irama dangdut, Mas Idayu cuba beralih arah ke pop rock menerusi Harum Mekar Di Hati

Dari Penulis

SETELAH sekian lama tidak menghasilkan lagu baharu, penyanyi serba boleh Mas Idayu akhirnya tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Harum Mekar Di Hati khusus untuk peminat.

Dilancarkan secara rasmi pada 6 Disember lalu di semua pelantar digital, maklum balas positif diberikan oleh sebahagian besar peminat yang sudah lama ternanti-nantikan karya terbaharu daripada penyanyi ini.

Menariknya, ini juga merupakan gandingan perdana antara Mas Idayu dan Ajai yang bertindak selaku komposer, manakala lirik pula adalah hasil idea daripada Raizo Almirez.

“Sebenarnya antara saya dan Ajai sudah lama berkawan. Kami sudah saling kenal-mengenal sejak berpuluh tahun lalu dan baru kali ini dapat bekerjasama menghasilkan Harum Mekar Di Hati.

“Sudah pasti saya gembira dapat bekerjasama dengan komposer yang satu ini dan percaya lagu yang dihasilkan juga ada keistimewaan tersendiri. 

“Itu jugalah yang menjadi sebab mengapa saya teruja merakamkan lagu ini,” katanya kepada URTV.

Tambahnya lagi, apa yang diberikan oleh Ajai sebenarnya kena dengan kehendaknya secara peribadi terutama pemilihan genre lagu yang berteraskan pop rock dan bukannya dangdut.

Mas Idayu sendiri pada dasarnya lebih meminati genre pop rock sejak memulakan karier nyanyian namun irama dangdut yang membawa namanya mekar di persada muzik tanah air.

“Ajai tahu saya mampu menyanyikan pelbagai genre lagu dan sebab itu juga dia tidak memberikan saya lagu dangdut sebaliknya lagu ini berentak pop rock bagi menyerlahkan lagi sisi lain.

“Saya percaya kepada karya Ajai dan tak salah untuk kami bekerjasama dalam sebuah naskhah kali ini. 

“Kalau lagu ini di terima baik, mungkin ada kerjasama lain akan datang, kita sama-sama tunggu,” jelasnya lagi.

Sementara itu, bagi Ajai pula, pastinya dia gembira dapat bekerjasama dengan sahabat lamanya yang juga merupakan sorang penyanyi versatil menerusi sebuah karya yang akan menyerlahkan lagi sisi lainnya.

Jelasnya, tidak ada apa-apa lagi yang perlu dipersoalkan tentang teknik nyanyian dan sebagainya memandangkan Mas Idayu sudah tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja menerima karya ini pada peringkat awal rakaman.

“Ada sebab kenapa saya memilih pop rock dan bukannya dangdut. Bagi saya Mas Idayu merupakan nama besar dan perlu di cabar menyanyikan lagu genre lain. 

“Bila saya beri pop rock, dia mengubah penampilan dan cara nyanyian dengan baik. 

“Harum Mekar Di Hati adalah tambahan kepada repertoire sedia ada dan saya pasti dia akan mencuri perhatian peminat baharu dan mengekalkan sokongan peminat sedia ada dengan apa yang dipersembahkan kali ini,” ujarnya.

Pelancaran muzik video Harum Mekar Di Hati yang diadakan di Red Box Karaoke, The Curve, Mutiara Damansara itu merupakan lagu terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan diedarkan oleh Indigital Music. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This