JEMAAH Menteri pada 13 Nov lepas secara prinsip menerima tawaran syarikat robotik marin Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian bangkai pesawat MH370, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata operasi pencarian dasar laut tersebut akan tertumpu di satu lokasi baharu yang dianggarkan berkeluasan 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
“Lokasi kawasan pencarian baharu yang dicadangkan Ocean Infinity adalah berdasarkan kepada maklumat serta analisis data terkini yang dibuat pakar dan penyelidik.
“Cadangan ini kukuh dan wajar diteliti oleh kerajaan Malaysia selaku negara pendaftaran pesawat MH370,” katanya pada sidang media hari ini.
Baca artikel lain: Remaja Morocco mengaku bersalah cabul penumpang wanita dalam pesawat
Loke berkata operasi pencarian itu akan dilaksanakan oleh Ocean Infinity berdasarkan prinsip ‘no find, no fee’, yang bermaksud kerajaan tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran sekiranya bangkai pesawat tersebut tidak ditemukan.
Beliau berkata Kementerian Pengangkutan kini sedang memuktamadkan terma dan syarat perjanjian dengan syarikat berpangkalan di United Kingdom itu dan proses tersebut dijangka selesai pada awal tahun depan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

