SYARIKAT bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan maut di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), kelmarin berdepan dengan tindakan penggantungan operasi sekiranya gagal dalam audit keselamatan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, setiap kemalangan serius membabitkan pengangkutan awam akan diambil tindakan segera oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui audit menyeluruh.
“Apabila kemalangan seperti ini berlaku khususnya membabitkan bas awam, tindakan pertama kita ialah menjalankan audit.
“JPJ akan melaksanakan audit dan laporan dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
“Sekiranya audit itu gagal, kita akan menggantung operasi syarikat berkenaan. Kita juga akan menyiasat sama ada syarikat berkenaan mematuhi pemasangan Speed Limitation Device (SLD) yang diwajibkan kepada kenderaan berkenaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Pengangkutan Siswa MADANI dan FlySiswa 2026 di Universiti Putra Malaysia, hari ini.
Baca artikel lain: Kes saman fitnah: Hannah syukur dan gembira dengan keputusan mahkamah
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi kelmarin, seorang penumpang bas ekspres disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mangsa berusia 37 tahun itu adalah seorang daripada lapan penumpang bas yang mengalami kecederaan parah.
Beliau berkata, seorang penunggang motosikal dan pemandu lori turut cedera parah, dengan kedua-duanya menerima rawatan di hospital sama.
Sementara itu, ditanya mengenai penggunaan kamera papan pemuka dan sistem telematik di tempat pemandu, Loke berkata, Kementerian Pengangkutan dalam proses melaksanakan penggunaan teknologi itu secara berperingkat.
“Telematik memang kita mahu laksanakan, bukan sahaja kepada bas tetapi juga kenderaan perdagangan.
“Kita sedang menilai beberapa syarikat untuk menjadi pusat operasi teknologi (TOC),” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

