AirAsia umum inisiatif tambang mampu milik sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

Dari Penulis

AIRASIA hari ini mengumumkan inisiatif tambang tetap tahunan menawarkan tambang mampu milik kepada semua sempena musim perayaan yang akan datang iaitu Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri.

Inisiatif tersebut dilancarkan serentak sempena sambutan dua musim perayaan di mana AirAsia akan mengendalikan sebanyak 1,578 penerbangan secara keseluruhan bagi tempoh Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri dengan menawarkan lebih 31,000 tempat duduk pada tambang tetap.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pulang ke kampung dengan tambang yang mampu milik semasa musim perayaan utama terus menjadi keutamaan kerajaan.

“Inisiatif tambang tetap AirAsia membuktikan komitmen kukuh syarikat penerbangan ini untuk menyokong matlamat tersebut dengan menjadikan perjalanan udara mampu diakses oleh lebih ramai orang.

“Usaha ini adalah seiring dengan langkah sedia ada kerajaan, termasuk program FLYsiswa RM400 yang membantu pelajar melakukan perjalanan antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak. Kami terus menyokong kerjasama dalam industri penerbangan bagi memperkukuh rangkaian sambungan dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Tempah mulai hari ini

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata, AirAsia memulakan tahun baharu dengan sambutan dua musim perayaan sekali gus dengan menawarkan inisiatif tambang tetap tahunan bagi Tahun Baharu Cina dan Hari Raya.

Jelasnya, dengan lebih daripada 31,000 tempat duduk tersedia sepanjang tempoh perayaan, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen AirAsia dengan menawarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan mampu milik dan merancang lebih awal untuk musim perayaan.

“Kami berbangga dapat menyokong usaha kerajaan dalam memastikan perjalanan yang lancar dan mudah diakses oleh semua, terutamanya pada tempoh permintaan tinggi,” katanya.

Bagi sambutan Tahun Baharu Cina yang akan datang, penerbangan ke Sarawak ditawarkan pada tambang RM328 termasuk semua sehala, dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu, dan Bintulu, manakala penerbangan ke Sabah ditawarkan pada tambang RM398 termasuk semua sehala, ke Kota Kinabalu, Tawau, dan Sandakan.

Tempah mulai hari ini sehingga 24 Februari untuk tempoh perjalanan antara 13 hingga 24 Februari.

Penerbangan bagi Aidilfitri juga ditawarkan pada harga RM328 sehala semua termasuk ke Sarawak dan RM398 termasuk semua sehala ke Sabah iaitu laluan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

Tempah mulai hari ini sehingga 26 Mac dan lakukan perjalanan antara 18 hingga 26 Mac untuk menikmati penerbangan pada tambang tetap.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This