Insta Fiesta 2024 menjadi platform buat usahawan dan pempengaruh dalam meneroka peluang baharu dalam sektor perniagaan dan ekonomi.
Acara yang berlangsung pada 6 hingga 8 Disember 2024 di Menara Shaftsbury Putrajaya ini turut memberi peluang dan pendedahan kepada usahawan baru, usahawan sedia ada, para professional dan masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan membina jaringan perniagaan, makkumat informasi inisiatif-inisiatif terbaru serta peluang-peluang ekonomi yang inovatif dan berdaya saing.

Program keusahawanan ini bertujuan untuk memperkasakan usahawan mikro tempatan, meningkatkan kesedaran komuniti dalam teknologi dan ekonomi digital, membuka peluang, latihan dan bimbingan kepada bakat baru dalam bidang yang diminati serta menggalakkan kerjasama dan jaringan untuk memantapkan kemahiran dalam perniagaan.
Program Ambassador X satu-satunya program di Malaysia yang menggabungkan usahawan dan pempengaruh di mana kedua-dua pihak bakal memperoleh kelebihan daripada segi pemasaran, promosi, duta produk termasuk menjadi Live Hosting dan kandungan video di media social.

Selain itu, Ambassador X juga turut menawarkan perkhidmatan daripada segi penjagaan ejen dan stokis di mana ia mampu mengurangkan beban usahawan selain membantu pengasas memberi fokus untuk mengembangkan lagi perniagaan.
Pakej yang ditawarkan selama enam bulan ini dijangka dapat membantu komuniti usahawan dalam mengatur langkah dengan sistem sokongan yang padu.

