PM puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.

Beliau berkata bagaimanapun masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki oleh kerajaan dalam meningkatkan lagi pencapaiannya kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata dalam tempoh berkenaan, beliau melihat ada menteri yang telah mempamerkan prestasi cemerlang malah ada juga yang menunjukkan prestasi sederhana.

“Orang tak mahu dengar isu tatakelola, tapi bagi saya ini masalah terbesar. Bagi saya tatatekola ini paling penting sebab kebocoran, rasuah, hilang dana puluh-puluh bilion bayar hutang yang tidak sepatutnya kita bayar,” kata beliau.

Menjawab isu penilaian yang dibuat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) terhadap kerajaan MADANI sebelum ini, Perdana Menteri berkata kerajaan terbuka dalam menerima pandangan, namun berpandangan penilaian prestasi yang dilakukan oleh NGO berkenaan adalah terhad.

Baca artikel lain: Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan

Mengambil contoh penilaian dibuat Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Anwar berkata ia tidak mengambil kira aspek seperti ekonomi, rasuah dan tatakelola.

Sebelum ini, Bersih memberikan gred D kepada Kerajaan MADANI sepanjang dua tahun pentadbirannya.

Sementara itu, Anwar berkata pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam, terdapat cadangan daripada menteri supaya diadakan satu pemukiman pada Januari depan, bagi menilai kekuatan dan kelemahan Kerajaan MADANI.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This