‘Saya tidak pernah campur tangan dalam urusan badan kehakiman’ – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmennya untuk menjamin kebebasan badan kehakiman negara di samping melaksanakan reformasi tadbir urus, dan menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak campur tangan dalam hal berkaitan badan kehakiman sepanjang dua tahun memegang jawatan perdana menteri.

Beliau turut menekankan pendirian tidak bertolak ansur terhadap penyalahgunaan kuasa dalam Kabinet Kerajaan MADANI dan perkhidmatan awam, dengan menyatakan bahawa salah laku tidak akan dibenarkan di bawah kepimpinannya.

“Selama dua tahun saya memegang jawatan Perdana Menteri, saya tidak pernah campur tangan atau mengarahkan mana-mana hakim dalam sebarang isu.

Anwar seterusnya mengulangi komitmen kerajaan terhadap agenda reformasinya, dan beliau juga faham bahawa usaha melaksanakan perubahan yang ketara memerlukan masa dan usaha gigih.

“Kita jelas, kerajaan ini komited kepada reformasi, tetapi ia mengambil masa,” katanya.

Baca artikel lain: Malaysia akan suaikan diri dengan era Trump, kata Anwar

Menjawab beberapa kritikan terhadapnya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada semua tuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan gagal isytihar pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Anwar berkata beliau bingung dengan tindakan pihak berkenaan, dan mengatakan bahawa beliau tidak akan mengganggu proses kehakiman.

Perdana Menteri mengulangi bahawa badan kehakiman negara ini adalah bebas.

“Mengapa letakkan kesalahan kepada PM (Perdana Menteri). Anda mahu saya campur tangan dalam proses kehakiman? Anda sering bertanya tentang pandangan peribadi saya, suka atau tidak suka..

“Saya memang ada pandangan peribadi, tapi kita bercakap soal kebebasan badan kehakiman.. apabila hakim berikan keputusan berbeza dengan pandangan anda, anda salahkan orang lain dan tidak bersetuju dengan keputusan itu,” katanya.

Khamis lepas Mahkamah Tinggi memutuskan untuk membebaskan Rosmah daripada tuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN atas alasan pertuduhan itu tanpa asas dan pendakwaan tidak mengemukakan sebarang unsur kesalahan dalam pertuduhan yang dikenakan.

Perdana Menteri berkata Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Rosmah dan beliau meminta semua pihak supaya menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.

“Terpulang kepada Mahkamah Rayuan, biar Mahkamah Rayuan yang buat keputusan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

162 bekas tentera wanita disaring, hanya 16 dipilih warden MRSM

SERAMAI 162 calon warden wanita Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam kalangan bekas tentera telah pun menjalani sesi saringan,...

More Articles Like This