POLIS Bukit Aman menyerbu secara serentak lima premis pelacuran di sekitar ibu negara dan Genting Highland, petang semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, modus operandi sindiket adalah menggunakan dua laman sesawang sebagai medium mempromosikan aktiviti pelacuran oleh wanita dari Vietnam, Thailand, Laos dan Indonesia secara dalam talian.
“Dalam serbuan bermula jam 3 petang ini, pihak polis menahan 67 individu di kelima-lima premis di Kuala Lumpur dan Genting Highlands, Pahang.
“Melalui kegiatan pelacuran yang dikesan ini juga mendapati pelanggan akan ditawarkan bayaran sebanyak RM1,200 untuk sesi selama empat jam bagi setiap perkhidmatan seks.
“Sekiranya persetujuan dicapai, pelanggan akan diarahkan untuk ke alamat premis hotel atau rumah urut untuk melakukan aktiviti seks iaitu di lima lokasi yang diserbu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Mohd Shuhaily berkata, pihaknya turut menahan empat individu termasuk dua wanita tempatan yang berperanan sebagai pengendali dua laman sesawang khidmat seks berkenaan.
“Mereka juga menguruskan tempat pelanggan melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram.
“Turut ditahan dua lelaki tempatan yang berperanan sebagai ‘transporter’ (penghantar) untuk menghantar dan mengambil pelacur perkhidmatan seks,” katanya lagi.
Secara keseluruhan Operasi Noda yang membabitkan 35 pegawai dan anggota ini membawa kepada penahanan 56 wanita warga asing berusia antara 21 hingga 54 tahun.
Antara rampasan yang dibuat dalam serbuan adalah wang tunai RM11,490, dua unit perakam kamera litar tertutup (CCTV), kondom, tuala, tisu, minyak urut dan 15 telefon bimbit.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan, Seksyen 372B, Seksyen 373, Seksyen 372(1)(e) dan Seksyen 372(1)(f) akta sama.
Kes yang sama turut disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/53 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Kesemua tangkapan kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Cheras dan Bentong, Pahang untuk tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

