SEMUA pihak diingatkan supaya tidak semudahnya memboikot program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, hal ini kerana ramai dalam kalangan keluarga miskin tegar menerima manfaat daripada program tersebut sehingga mampu keluar daripada kepompong yang memeritkan.
“Ada yang suruh boikot program IPR supaya bankrap program ini. Boikot saya tak pe, itu tak de hal sebab memang fahaman politik kita berbeza.
“Jangan boikot miskin tegar dan keluarga berpendapatan rendah yang mendapat manfaat dari IPR. Membantu orang susah itu satu kewajipan dalam Islam, kalau kita tidak boleh sedekah terus, kita bantu dengan beli jualan mereka.
“Lagi pun ada banyak keluarga yang dah dapat manfaat dari program ini. Hidup ini ,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Syed Saddiq akan guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan
Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Presiden PKR tidak menyatakan secara terperinci siapakah individu atau kumpulan mengajak kepada usaha memboikot IPR itu.
Setakat bulan November, seramai 2,536 golongan sasar membabitkan miskin tegar, miskin dan B40 sudah diluluskan kerajaan bagi menyertai tiga inisiatif di bawah IPR.
Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya untuk meningkatkan penyertaan pelbagai kaum di dalam program IPR.
Beliau berkata, berdasarkan pelaksanaan inisiatif IPR itu, ada peserta yang berjaya meraih hasil jualan sehingga RM5,000 setiap bulan melalui operasi mesin layan diri dalam Inisiatif Usahawan Makanan (IPR-INSAN).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

