SERAMAI 13 lelaki tempatan termasuk warga emas ditahan selepas dipercayai melakukan kesalahan seksual secara dalam talian yang melibatkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan operasi bersepadu ‘Op Pedo’ semalam.
Beliau berkata, operasi tersebut bertujuan memburu pesalah seksual terhadap kanak-kanak khususnya di platform media sosial selain memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai tanggungjawab menjaga keselamatan kanak-kanak.
“Dalam operasi ini, 13 lelaki berusia 20 hingga 74 tahun telah ditahan dalam enam serbuan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.
“Hasil pemeriksaan terhadap peranti yang digunakan di premis kediaman suspek telah menemui 40,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan bahan pornografi dewasa.
“Turut dirampas tujuh buah unit komputer, sebuah komputer riba, 11 telefon bimbit dan 16 modem dan ‘router’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, sebanyak 13 kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Orang ramai dinasihatkan agar menjaga batas moral dan adab bersosial di dalam talian bagi mengelakkan diri menjadi mangsa jenayah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

