SELEPAS penganjuran terakhir pada 2019, Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU2024) kini kembali dengan konsep futuristik bagi edisi kelapan yang bermula hari ini hingga 31 Dis, dengan menyasarkan kehadiran sejuta pengunjung.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud berkata mengangkat tema “LAMPU2024 –Menerangi Masa Depan”, objektif penganjuran festival itu bertujuan mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
Beliau berkata ia juga meningkatkan keupayaan Putrajaya sebagai bandar pintar melalui penggunaan teknologi canggih dalam penganjuran acara berskala besar.
“LAMPU2024 turut dijadikan medan bagi menonjolkan Pelan lnduk Pencahayaan Putrajaya dengan memanfaatkan seni bina ikonik bangunan di Putrajaya,” katanya kepada media selepas majlis pembukaan festival itu.
Fadlun berkata penganjuran festival itu juga sekali gus dapat menyumbang kepada ekonomi tempatan dengan menyediakan platform kepada peniaga makanan, trak makanan dan pempamer untuk mempromosikan produk masing-masing.
Baca artikel lain: Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025
LAMPU2024 meneruskan legasi dengan mengetengahkan persembahan Pemetaan Cahaya Mega ke fasad bangunan Istana Kehakiman, yang menggunakan 16 projektor berbanding 12 projektor sebelum ini, bagi menghasikan kualiti visual dan teknologi pemetaan yang lebih canggih.
PPj mengenakan caj minimum bagi tiket masuk LAMPU2024 berharga RM5 untuk dewasa dan warga emas, RM2 untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun dan percuma bagi kanak-kanak berumur bawah tujuh tahun dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Selain tiket masuk, komponen berbayar yang lain ialah LAMPU2024 Gaming Fest dengan harga RM5 dewasa dan percuma untuk kanak-kanak.
Turut dijual tiket masuk secara kombo bagi LAMPU2024 dan Gaming Fest dengan harga RM8 sahaja bagi dewasa.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

