Dilabel pelacur banduan terhormat, Ketua Polis Negara fail saman terhadap Papagomo

Dari Penulis

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memfailkan saman terhadap blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

Saman difailkan berhubung kenyataan Papagomo yang melabelkan Razarudin sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Raam Kumar berkata, notis tuntutan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi dan sudah diserah kepada Papagomo yang dinamakan sebagai defendan.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi bagi fitnah lisan, ganti rugi fitnah bertulis, ganti rugi am, ganti rugi teruk atau teladan dan ganti rugi khas.

“Plaintif turut menuntut perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan, sama ada secara sendiri atau pekerja atau mana-mana pihak lain daripada mengeluarkan kenyataan dan kata-kata dianggap fitnah selain menerbitkan atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung

Sementara itu, Razarudin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Papagomo dalam satu klip video.

Susulan itu, Razarudin mengesahkan PDRM sudah merakam keterangan Papagomo berhubung kes itu di Balai Polis Setapak, di sini 19 Disember lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This