Rauf sahkan rombakan Exco Melaka

Dari Penulis

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan bakal berlaku rombakan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri, namun tiada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang digugurkan jawatan.

Beliau berkata rombakan itu hanya membabitkan pertukaran portfolio dalam kalangan Exco sedia ada, selain tiada lantikan baru dalam barisan pentadbiran di negeri berkenaan.

“Saya mengekalkan Exco sedia ada. Portfolio mereka sahaja yang berubah. Langkah ini diambil bagi meringankan beban mereka kerana ada yang memegang empat atau lima portfolio,” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di Melaka, semalam.

Baca artikel lain: Jadikan rekod patuh selenggara kenderaan berat syarat wajib mohon subsidi diesel – Pensyarah

Ab Rauf berkata penyelarasan portfolio selepas rombakan juga dilihat lebih seimbang dan meringankan beban Exco, sekali gus membolehkan mereka berkhidmat dengan lebih baik, selari dengan komitmen kerajaan negeri kepada rakyat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini, yang mendakwa rombakan MMK akan berlaku pada Januari ini, kononnya antara lain bagi menaikkan wakil rakyat yang lain.

Barisan Exco Melaka terdiri daripada sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan seorang Adun Pakatan Harapan (PH).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This