Geng Awey dan Alep tersungkur, polis selesai 41 kes curi motosikal di KL

Dari Penulis

POLIS berjaya menumpaskan dua geng yang bergiat aktif curi motosikal membabitkan kerugian berjumlah RM267,600 selepas menahan tujuh lelaki tempatan dalam beberapa serbuan sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pada 6 Disember lalu, tiga serbuan telah dijalankan dan berjaya menahan lima lelaki berusia 31 hingga 43 tahun yang mempunyai pelbagai rekod jenayah.

Siasatan mendapati suspek mengaku terlibat dalam kegiatan curi kenderaan di mana 19 kes di bawah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju dan satu kes masing-masing di Sentul serta Cheras.

“Kumpulan ini dikenali sebagai Geng Awey ini aktif sejak tahun 2016 hingga kini.

“Dipandu arah oleh suspek, polis berjaya merampas sembilan buah telefon, sebuah tablet, sembilan rangka motosikal dan dua buah motosikal,” katanya pada sidang media di IPD Wangsa Maju.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail (kiri) bersama pegawainya menunjukkan barang rampasan berkait kes curi motosikal di Lembah Klang. GAMBAR; Hafiz Aiman.

Siasatan lanjut terhadap salah seorang suspek telah membawa kepada penemuan tujuh lagi rangka motosikal, dua komponen motosikal berwarna oren, dua rim sukan berwarna emas bersama tayar, satu ‘fork’ hadapan serta pemijak kaki belakang berwarna perak.

Hasil penemuan ini, polis berjaya menyelesaikan 21 kes curi dengan kerugian berjumlah RM139,600.

Sebanyak 21 kertas siasatan telah disiasat dan menerima arahan pertuduhan di bawah Seksyen 120B Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mengulas lanjut, dalam satu lagi serbuan yang dilakukan di Jalan AU 5D/7, Lembah Keramat pada 17 Disember lalu, polis berjaya menahan dua lelaki berusia 17 dan 20 tahun.

Katanya, suspek berusia 20 tahun mempunyai satu rekod jenayah dan mengaku terlibat dalam tujuh kes melibatkan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang manakala suspek berumur 17 tahun dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kumpulan ini dikenali sebagai Geng Alep dan aktif di sekitar Wangsa Maju, Sentul dan Cheras,” ujarnya.

Mohamad Lazim berkata, polis berjaya merampas sebuah motosikal Yamaha 135 LC, sebatang spanar T, saiz 10 milimeter, sebatang Allen key dan pemutar skru.

Katanya, dua kertas siasatan IPD Wangsa Maju dan satu kertas siasatan masing-masing di Sentul dan Cheras telah dirujuk dan menerima arahan pertuduhan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Katanya, dengan tangkapan ini, polis telah menyelesaikan 20 kes curi motosikal dengan kerugian berjumlah RM128,000.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This