YBR raih Anugerah ‘Community Innitiative’ di ACES 2024

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) telah menerima Anugerah ‘Community Innitiative’ di Majlis Anugerah Asia Corporate Excellence & Sustainability (ACES) 2024 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Rakan Kongsi Pengurusan Aubrens Sdn Bhd, Dr Jayanthi Desan dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengasas Naterial Concept; Business Leader, Adeo Group dan Penasihat Anugerah ACES, Luis Bueno Nieto.

Hadir sama menerima penganugerahan ini adalah Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang yang diiringi Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Pengiktirafan julung kali diterima oleh YBR ini adalah atas inisiatif yang telah dijalankan dalam meningkat sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pendidikan serta program kemasyarakatan sepanjang tahun 2023 bagi membantu mereka kurang bernasib.

Menurut Philip, anugerah ini adalah pencapaian tertinggi YBR sejak penubuhan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sepanjang tahun untuk membantu masyarakat memerlukan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

Baca artikel lain: Guna mesin cetak tanpa lesen dan hasilkan terbitan lucah, pengurus syarikat didakwa 

“Pengiktirafan ini merupakan bukti kesungguhan YBR serta komitmen dalam pemerkasaan masyarakat yang signifikan dengan matlamat pembangunan kelestarian di Malaysia.

“Kami akan sentiasa komited dan menggandakan usaha dalam memajukan kemajuan pendidikan dan kebajikan masyarakat melalui inisiatif yang memberi impak positif dalam memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia melalui pendidikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Philip menambah, penghormatan ini membuktikan dedikasi YBR dalam menyantuni mereka yang kurang bernasib baik serta sebagai penanda aras untuk terus berbakti dan memacu negara ke peringkat seterusnya.

Pada kesempatan ini juga, YBR mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sehingga menjadi sebahagian daripada kejayaan ini.

Tambah beliau, sepanjang tahun 2023, YBR telah membelanjakan sebanyak RM28.35 juta sebagai peruntukan bantuan pendidikan dan pemerkasaan masyarakat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This