POLIS mengesahkan pemandu Proton S70 yang terlibat dalam kemalangan di Jalan 222 Petaling Jaya dengan sebuah motosikal telah tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan video terbabit pada pagi tadi.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku pada Rabu pukul 3.36 petang.
“Kejadian berlaku apabila pemandu S70 yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan telah membelok ke kiri secara tiba-tiba sehingga menyebabkan berlakunya perlanggaran dengan sebuah motosikal.
“Pemandu S70 telah dikesan dan membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Shahrulnizam berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau di talian 03-79662222.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

