Ahli UMNO sertai himpunan solidariti Najib tanggung sendiri risiko – Zahid

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana ahli parti yang menghadiri himpunan solidariti bagi menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menanggung sendiri risiko.

Ahmad Zahid berkata, arahan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO adalah berdasarkan arahan dikeluarkan Ketua Polis Negara.

“Aspek keselamatan dan arahan yang dikeluarkan mempunyai alasan tersendiri dan harus dipatuhi.

“Kita harap tidak ada penganjur daripada mana-mana bahagian, atau cawangan yang turut terbabit secara rasmi di perhimpunan berkenaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Kuali Cafe UKM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Menjawab sama ada tindakan akan diambil terhadap mereka yang menghadiri perhimpunan berkenaan, Ahmad Zahid menegaskan itu adalah risiko yang akan ditanggung oleh individu berkenaan.

Sebelum ini, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan cadangan supaya mana-mana banduan diberikan pengampunan atau pengurangan hukuman, hendaklah dikemukakan banduan terbabit untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang.

Baca artikel lain: UNIFIL kecam tindakan Israel musnahkan Menara Pemerhati Lubnan

Menurut Istana Negara, ini kerana kuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Kuasa prerogatif itu termaktub berdasarkan peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula kemudian menggesa orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan dianjurkan mana-mana pihak berkaitan isu tuntutan mendapatkan pengampunan diraja.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dipetik berkata ia demi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif baginda dalam urusan pengampunan itu, selain bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Susulan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan, berkata parti berkenaan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan yang bertujuan menyatakan solidariti terhadap Najib berhubung isu Titah Adendum.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This