KEMENTERIAN Luar hari ini mengesahkan, setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84 kilometer (km) dari Lobuche, Nepal pada pagi Selasa.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia di Nepal supaya kekal berwaspada, mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan berhati-hati dalam menghadapi situasi selepas gempa bumi.
Wisma Putra turut menggalakkan rakyat Malaysia di Nepal untuk mendaftar kehadiran mereka melalui platform E-Konsular serta kekal berhubung dengan Kedutaan Malaysia untuk maklumat terkini dan bantuan.
Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu di Bakhundole-3, Lalitpur, melalui telefon di talian +977-1-5445680 atau +977-1-5445681 untuk pertanyaan umum atau +977-9801008000 untuk kecemasan.
Baca artikel lain: Kemalangan Bas Norway: Wisma Putra sahkan dua rakyat Malaysia cedera ringan
Mereka juga boleh menghantar e-mel ke [email protected] untuk bantuan umum atau [email protected] bagi urusan imigresen.
Kementerian itu menegaskan komitmennya untuk memantau dengan teliti perkembangan dan memberikan maklumat terkini apabila perlu.
Menurut laporan media antarabangsa, setakat ini 53 maut selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Tibet berhampiran sempadan Nepal pada Selasa.
Gegaran itu turut dirasai di beberapa kawasan di India, termasuk Bihar, Assam dan Bengal Barat.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

