Kemalangan Bas Norway: Wisma Putra sahkan dua rakyat Malaysia cedera ringan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

HANYA dua rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway pada 26 Disember.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua individu itu mengalami kecederaan ringan dan dikategorikan sebagai kes “tanpa kecederaan” oleh pihak berkuasa Norway. 

Jelas kenyataan berkenaan, kedua-dua rakyat Malaysia itu berada dalam keadaan sihat.

“Mereka telah meneruskan perjalanan di Norway tanpa sebarang komplikasi lanjut,” jelas kenyataan itu.

Mengulas lanjut, kenyataan itu menambah, laporan awal yang menyatakan terdapat empat rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan itu adalah disebabkan salah faham kerana dua lagi warganegara Malaysia menginap di hotel yang sama tetapi bukan sebahagian daripada kejadian itu. 

Menurut Wisma Putra, kementerian itu bagi pihak kerajaan Malaysia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan di Norway atas tindakan pantas dan bantuan yang amat bermakna kepada penumpang Malaysia yang terlibat.

Ia menekankan bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara kekal menjadi keutamaan Kementerian.

Bas itu dilaporkan membawa 58 penumpang termasuk warga China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis dan Ukraine. 

Untuk rekod, kejadian itu berlaku pada 1.30 tengah hari waktu tempatan pada 26 Disember akibat keadaan cuaca buruk, menyebabkan bas hilang kawalan lalu terbabas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This