KPDN Perak rampas sabun tiruan bernilai lebih RM7,000

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas produk pencuci pakaian berjenama disyaki tiruan dalam dua serbuan berasingan di Seri Iskandar dan Taiping, semalam.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, dalam serbuan tersebut pihaknya merampas 393 unit pencuci pakaian berjenama tiruan dipercayai menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan berkenaan.

“Wakil syarikat cap dagang telah melakukan pengesahan awal terhadap semua sabun pencuci terbabit dan dipercayai premis telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019. 

“Kesemua barangan dan dokumen berkaitan telah disita untuk siasatan lanjut serta nilai rampasan bagi dua premis yang kita serbu dianggarkan berjumlah RM7,124.27,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya komited melindungi hak pemilik cap dagang dengan mengadakan pemantauan dan risikan berterusan terhadap premis yang menjual barangan berjenama bagi membanteras penjualan barang tiruan, seterusnya dapat meningkatkan keyakinan pelabur asing terutamanya di Perak. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This