HASiL perkenal e-PCB Plus ganti sistem sedia ada

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (HASiL) memperkenalkan e-PCB Plus bagi menggantikan sistem sedia ada iaitu e-PCB, e-Data PCB dan e- CP39 di bawah satu platform menerusi portal MyTax.

Sehubungan itu, HASiL meminta semua majikan untuk menyelesaikan semua pengemukaan data dan bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi potongan bulan semasa atau potongan tahun kebelakangan pada atau sebelum 15 Januari ini.

Jelas HASiL, langkah itu adalah selaras dengan pengenalan sistem perkhimatan Potongan Cukai (PCB) baharu yakni e-PCB Plus.

“Pelaksanaan ini seiring dengan pelaksanaan pelan peralihan ke arah sistem e-PCB Plus Fasa 1 yang telah bermula pada 24 September lepas melibatkan fungsi pendaftaran peranan Majikan / Wakil Majikan / Pentadbir PCB di MyTax dan Wakil Pentadbir di e-PCB Plus bagi seluruh majikan yang terlibat dengan PCB.

“Mulai 15 Januari ini, sistem PCB sedia ada hanya akan dibuka untuk tujuan paparan sahaja bagi membolehkan majikan membuat semakan terhadapm aklumat/rekod PCB terdahulu. Fungsi lain seperti pengisian, pengiraan dan bayaran PCB akan ditutup sepenuhnya,” jelas LHDN dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kenyataan itu memaklumkan, pelaksanaan sistem e-PCB Plus sepenuhnya akan dimaklumkan sebelum dibuka secara rasmi bagi kegunaan seluruh majikan dan pengguna.

Sehubungan itu, HASiL menyarankan agar majikan yang sedang menggunakan sistem e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 dan masih belum membuat pendaftaran peranan di sistem e-PCB Plus untuk menyelesaikan semua pengemukaan berkaitan dengan segera bagi melancarkan proses peralihan berkenaan.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/,” jelas HASiL.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This