Pegawai Dr Zaliha turut buat laporan polis terhadap KJ

Dari Penulis

PEGAWAI kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa turut membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atas kenyataannya dalam audio siar ‘Keluar Sekejap’ berhubung isu Titah Adendum melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan polis itu dilakukan Setiausaha Politik Dr Zaliha iaitu Nor Azrina Surip di Putrajaya, semalam.

Ia merupakan laporan polis kedua dilakukan terhadap Khairy selepas Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said iaitu Datuk Suraya Yaacob turut berbuat demikian di Balai Polis Sentul.

Memetik laporan Bernama, Nor Azrina memaklumkan kenyataan fitnah Khairy itu diperoleh menerusi video berdurasi 3 minit 14 saat melalui kumpulan WhatsApp.

Menurut Nor Azrina, dalam video tersebut, Khairy mendakwa Dr Zaliha sepatutnya tahu akan adanya dokumen berkenaan.

“Dr Zaliha telah mengeluarkan kenyataan pada semalam memaklumkan bahawa beliau tidak pernah melihat dokumen yang disebutkan itu,” katanya.

Baca artikel lain: Setiausaha Politik Azalina buat laporan polis terhadap KJ

Terdahulu, Khairy menerusi siaran audio siar ‘Keluar Sekejap’ pada Jumaat mendakwa terdapat krisis kepercayaan terhadap bekas partinya UMNO susulan isu Titah Adendum yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak menerima sebarang pemakluman atau arahan rasmi daripada pihak Istana Negara berhubung Titah Adendum bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Sebagai urus setia kepada Lembaga Pengampunan, BHEUU JPM dalam kenyataan turut mengesahkan tiada sebarang dokumen tambahan atau adendum yang berada dalam fail atau rekod rasmi di bawah bahagian itu.

Menurut BHEUU JPM, mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah diadakan pada 29 Januari 2024 dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Katanya, mesyuarat tersebut telah mempertimbangkan permohonan pengampunan yang dikemukakan Najib.

Sehubungan itu, BHEUU JPM menegaskan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai mengenai kedudukan atau peranan Lembaga Pengampunan adalah tidak wajar dan berpotensi mengundang tindakan sewajarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This