Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri keterangan di mahkamah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA Menteri Kabinet mewakili UMNO menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama kepada Mahkamah Tinggi jika diperlukan bagi memberikan keterangan berhubung pengesahan kewujudan Titah Adendum terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut memaklumkan, mesyuarat MKT merakamkan rasa syukur dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Menurut beliau, UMNO juga yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.

“UMNO akan terus memohon ihsan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Najib selaras dengan kuasa prerogatif di bawah Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

“UMNO selaku satu-satunya parti yang termaktub di dalam Perlembagaan partinya untuk mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu akan sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan.

Antara Menteri daripada UMNO dalam Kabinet adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah selain Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, menjadi Menteri Luar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memegang portfolio Menteri Pertahanan, manakala seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi.

Baca artikel lain: Titah Adendum: BHEUU JPM tak terima pemakluman, arahan rasmi Istana Negara

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) manakala Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad dan empat lagi yang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dilantik sebagai Timbalan Menteri adalah Datuk Seri Ahmad Maslan; Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Datuk Mohamad Alamin dan Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan Najib memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan titah tambahan itu.

Titah adendum berkenaan dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Keputusan majoriti 2 -1 dibuat Hakim Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril membenarkan rayuan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman itu manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel menentangnya.

Sehubungan itu panel memerintahkan supaya kes terbabit diremitkan (dikembalikan) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya merit semakan kehakiman terbabit dan diputuskan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This