UMNO belum terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul, kata Asyraf Wajdi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

UMNO setakat ini masih belum menerima sebarang surat rasmi berhubung peletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz daripada parti itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, parti itu memandang serius niat peletakan jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu untuk menyertai PKR.

Pada masa sama, beliau menegaskan tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti lain sewenang-wenangnya.

“Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian dalam kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Ia boleh mencetuskan prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri dalam kalangan ahli akar umbi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Tengku Zafrul keluar UMNO, nyatakan hasrat sertai PKR

Terdahulu, Tengku Zafrul dalam hantaran di Facebook mengumumkan peletakan semua jawatan dalam UMNO dan menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.

Beliau memaklumkan surat peletakan jawatan itu telah pun dihantar kepada pucuk pimpinan UMNO, hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, peletakan jawatan itu melibatkan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

Beliau berkata, hasrat untuk menyertai PKR sudah pun dinyatakan kepada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This