KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, semua akta dan peraturan berkaitan termasuk Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan terus dikuatkuasakan seperti yang telah ditetapkan.

“Pastinya tidak (menarik balik larangan tersebut). Semua akta dan peraturan berkaitan akan terus dikuatkuasakan.

“Kita telah melaksanakan penguatkuasaan pendidikan terlebih dahulu. Mulai 1 April, beberapa peraturan tambahan akan dilaksanakan secara lebih tegas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Shariacare: Merintis Kesihatan dengan Nilai-Nilai Syariah di Bangi, hari ini.

Baca artikel lain: Jangkitan hMPV bukan baharu, 327 sampel dikesan positif 2024 – KKM

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media mengenai peguam Mohamed Haniff Khatri, yang sebelum ini gagal mencabar larangan tersebut, sekali lagi memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan itu.

Dzulkefly berkata kementerian bersedia untuk menghadapi cabaran undang-undang yang dikemukakan Mohamed Haniff.

“Beliau berhak untuk mengambil langkah undang-undang dan semakan kehakiman ini. Namun proses perundangan perlu dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata larangan merokok di pejabat merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melindungi kesihatan awam sambil menegaskan bahawa peraturan itu telah dirancang dengan rapi bagi memastikan persekitaran kerja bebas asap rokok demi kesejahteraan rakyat.

Sebanyak 28 kawasan diwartakan sebagai zon larangan merokok termasuk premis dobi dan bangunan tempat kerja yang dimasukkan dalam senarai kawasan larangan di bawah Akta 852 pada 1 Oktober lepas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This