DUA maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer 226.8, Simpang Ampat ke Pedas Linggi, arah utara, Lebuhraya Utara-Selatan awal pagi tadi.
Visual penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/8739
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian terima pada pukul 5.25 pagi.
Sepasukan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Kota dan Tampin telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Komander Operasi Kanan Mohd Nazrul Ikram Mohd Noor memaklumkan, kemalangan melibatkan sebuah lori dan tiga buah kereta.
“Pemeriksaan mendapati dua individu telah disahkan meninggal dunia manakala enam mengalami kecederaan dan tiga lagi dalam keadaan selamat.
“Pasukan bomba telah bertindak menjalankan operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang terlibat daripada kenderaan,” kata kenyataan itu.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut manakala yang cedera telah diserahkan kepada petugas perubatan bagi menerima rawatan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

