Pemuda UMNO lancar kempen ‘Pastikan halal ori, baru beli’ banteras penggunaan logo halal palsu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERGERAKAN Pemuda UMNO melancarkan kempen ‘Pastikan halal ori, baru beli’ bagi membanteras penggunaan logo halal palsu yang dijual secara meluas.

Menerusi kempen tersebut, Pemuda UMNO meminta pengguna untuk menyemak sesuatu yang mempunyai logo halal sebelum membuat pembelian.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Dr Akmal Saleh meminta pengguna menyemak status logo halal menerusi aplikasi Verify Halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Saya nak minta bantuan seluruh rakyat Malaysia, kalau pergi ke kedai dan mana-mana produk yang ada logo halal, periksa sendiri.

“Kalau tak ada dalam sistem, tolong beritahu kepada Pemuda UMNO dan kita akan pastikan mereka yang menggunakan logo halal tipu ini akan dikenakan tindakan sangat keras supaya kita nak bagitahu jangan khianat kepercayaan kami,” katanya dalam satu rakaman video dimuat naik ke sosial media malam tadi.

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal turut mengingatkan pengeluar produk supaya tidak menyalahgunakan logo halal semata-mata mahu melariskan produk.

“Jangan kerana kamu nak lariskan produk, kamu menipu orang Islam dalam negara ini.

“Jadi kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia, ‘pastikan halal yang ori, baru beli’. Ini masa kita untuk banteras sama-sama,” katanya.

Baca artikel lain: Isu sandwic ‘ham and cheese’: MCA jangan melampaui batas

Tindakan menyalahgunakan label logo halal adalah suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal menggesa polis serta agensi berkaitan mengambil tindakan susulan penemuan produk makanan berkenaan dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM).

Beliau turut mempersoalkan bagaimana kedai serbaneka berkenaan mendapat logo halal yang diletakkan pada bungkusan produk makanan berkenaan.

Jakim turut mengesahkan produk sandwic ‘ham and cheese’ yang menjadi perbualan hangat itu tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Jakim turut melakukan serbuan terhadap kilang pembuat roti sandwic itu di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Isnin lalu.

Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit tidak memiliki kelulusan halal daripada pihak Jakim dan logo halal yang dilekatkan pada produk roti sandwic tersebut ialah logo halal yang diperakukan kepada sebuah syarikat lain yang tidak lagi beroperasi dan telah menjual perniagaannya kepada syarikat yang diserbu.

Sijil pengesahan halal tersebut juga disahkan telah tamat tempoh pada 15 Oktober 2023.

KK Supermart turut membekukan urusan perniagaan dengan syarikat pengeluar sandwic sementara dalam tempoh siasatan susulan isu penggunaan logo halal itu.

Pihak KK Supermart melalui peguam dilantik sudah menghantar surat tuntutan (LOD) kepada syarikat terbabit pada 10 Januari lalu serta membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This