Cabaran normalisasi maksiat sangat besar terutama atas nama ‘seni’

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DALAM dunia yang serba moden ini, cabaran untuk menormalisasikan maksiat sangat besar, terutama atas nama ‘seni’ dan ‘kebebasan’.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan meningatkan bahawa karya hebat adalah yang membawa ummah lebih dekat kepada pencipta, bukannya menjauhkan.

“Mari kita kembali kepada neraca agama dan etika. Jangan biarkan kreativiti merosakkan masa depan ummah.

“Jaga diri, jaga hati, dan didiklah hawa nafsu agar sentiasa berada di bawah bimbingan wahyu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Universiti Malaya (UM) memohon maaf atas kekhilafan serta sebarang kegusaran timbul susulan pementasan teater oleh pasukan teater kolej yang didakwa memaparkan unsur tidak senonoh hingga tular di media sosial sejak semalam.

UM dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedia maklum mengenai adegan dalam persembahan teater yang tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

“Pihak universiti memandang serius perkara berkenaan serta mengambil maklum segala kebimbangan yang dibangkitkan.

“Berdasarkan syarat-syarat umum dan peraturan pertandingan Karnival Teater (KARVITER) UM, setiap persembahan perlu bebas daripada unsur negatif, provokasi atau sebarang kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik universiti.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

TVET pengangkutan buka 3,208 peluang kerja untuk veteran ATM

SEBANYAK 3,208 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan disediakan kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kerjasama strategik...

More Articles Like This