JUMLAH mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi.
Di SABAH, dua daerah yang baharu dilanda banjir malam tadi iaitu Pitas dan Paitan menyaksikan jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 862 daripada 282 keluarga berbanding 17 daripada enam keluarga malam tadi di Kota Marudu.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan Pitas mencatat angka tertinggi iaitu 784 mangsa daripada 259 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di daerah terbabit.
Pengerusi JPBD Pitas Asdi@Mohd Faizal Husin berkata hingga malam tadi jumlah penduduk terlibat banjir di daerah itu dianggarkan seramai 10,000 orang namun operasi menyelamat tertunda berikutan jalan ke kampung terlibat tidak boleh dilalui.
Beliau berkata sebanyak 16 jalan terjejas dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan manakala Pejabat Pendidikan Daerah Pitas mengesahkan dua sekolah yang terkesan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nibang dan SK Pandai Mandamai.
Sementara itu, di PAHANG seramai 32 mangsa banjir di Raub membabitkan 13 keluarga kekal ditempatkan di PPS SK Ulu Sungai pagi ini.
Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan empat sungai melebihi tahap waspada iaitu Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub; Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong Rompin; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

