Kementerian Komunikasi kumpul maklumat baik pulih kediaman mangsa banjir – Fahmi

Dari Penulis

KEMENTERIAN Komunikasi sedang mengumpulkan maklumat terperinci berhubung permohonan baik pulih premis atau kediaman yang terjejas akibat banjir di Kelantan baru-baru ini, kata menterinya Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, Jabatan Penerangan melalui Komuniti MADANI akan memainkan peranan sebagai pengantara kepada rakyat yang terlibat, untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status permohonan mereka, termasuk bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

“Kami sedar ramai nelayan dan mangsa banjir sedang menunggu perkembangan mengenai perkara ini. Saya telah meminta agar maklumat dikumpulkan secepat mungkin.

“Saya dimaklumkan bahawa seramai 6,615 keluarga di Tumpat terjejas akibat banjir pada Disember lepas, dengan sebahagian daripada mereka masih menginap di rumah yang hampir roboh,” katanya.

Baca artikel lain: 529 sukarelawan Skuad Ihsan MADANI Kementerian Komunikasi sedia digerakkan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ihsan Komuniti MADANI di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, hari ini.

Fahmi berkata pihak kementerian bukan sahaja hadir untuk menyantuni mangsa banjir tetapi juga menyampaikan bantuan kepada warga Komuniti MADANI yang terkesan.

“Bantuan juga akan diberikan kepada agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi untuk memastikan perkhidmatan mereka tidak terganggu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kementeriannya telah menubuhkan Skuad Ihsan Madani pada 17 Dis lepas bagi memastikan pelbagai bentuk bantuan dapat disampaikan dengan pantas kepada mangsa banjir.

Skuad yang disertai oleh 529 sukarelawan ini turut terlibat dalam kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This