SEORANG lelaki cedera manakala 13 lagi selamat dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan di Jalan Kuantan – Kemaman dekat Kampung Chendor, di Kuantan, pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa yang cedera merupakan pemandu Perodua Myvi.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 9:59 pagi.
Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan sebuah treler, lori, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, tiga Perodua Myvi dan sebuah Honda Jazz.
“Pemeriksaan mendapati seorang pemandu Perodua Myvi tersepit dalam kenderaan dan telah dikeluarkan anggota bomba.
“Maklumat awal diperolehi mendapati kejadian berlaku ketika semua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kemaman,” katanya memetik laporan Buletin TV3.
Jelasnya, mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan.
Punca kemalangan masih dalam siasatan polis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

