SUMBANGAN Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion berbanding RM2.1 bilion sebelum ini akan disalurkan kepada golongan sasaran mulai esok, 22 Januari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran STR Fasa 1 akan disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
Katanya, program STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada 2024 akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
Beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, bagi program STR dan SARA, kerajaan telah melonjakkan kadar maksimum untuk isi rumah kepada RM4,600 tahun ini iaitu kenaikan hampir 25 peratus berbanding RM3,7000 pada tahun lalu.
Menurut Anwar, kadar minimum untuk golongan bujang juga naik kepada RM600 berbanding RM500 pada tahun lalu, kenaikan sebanyak 20 peratus.
“Peningkatan peruntukan bagi STR Fasa 1 yang jauh melangkaui kadar inflasi negara itu mencerminkan tekad Kerajaan untuk memastikan kebajikan sebilangan besar rakyat kian bertambah baik meskipun berlakunya peningkatan kos sara hidup.
“Kendatipun peningkatan kos sara hidup adalah fenomena yang melanda seluruh dunia, besarlah harapan Kerajaan MADANI agar peningkatan sumbangan SARA dan STR saban tahun in dapat membantu rakyat menggapai kehidupan yang lebih berdarjat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Untuk rekod, permohonan baharu dan kemas kini bagi STR akan dibuka sepanjang tahun.
Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my, bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

