Pembinaan projek RKAT Kem Lok Kawi RM188 juta siap Ogos

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROJEK Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Lok Kawi yang bernilai RM188 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos tahun ini.

Projek yang bermula pada Februari 2022 itu bakal menyediakan 513 unit rumah pelbagai kelas untuk keluarga warga Pertahanan yang bertugas di sekitar kawasan Kem Lok Kawi.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek ini adalah sebahagian daripada fokus kementerian dalam menjaga kesejahteraan anggota dan pegawai.

Katanya, beliau berpuas hati dengan perkembangan kerja-kerja pembinaan dan dimaklumkan ia akan siap sepenuhnya pada 4 Ogos depan.

“Dalam soal kesejahteraan anggota ini, ia berkait rapat dengan soal penyediaan rumah untuk anggota-anggota dan hari ini kita berada di tapak untuk meninjau satu projek kementerian bagi menyediakan rumah-rumah untuk keluarga ATM.

“Saya dimaklumkan mengenai kemajuan kerja-kerja dan saya berpuas hati dan projek ini boleh siap dalam bulan Ogos tahun ini juga,” katanya.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dibawa untuk meninjau perkembangan pembinaan projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, kelmarin.

Baca artikel lain: Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik – Mohamed Khaled

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin diberi penerangan mengenai projek pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, kelmarin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja ke Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, kelmarin.

Mohamed Khaled berkata, selaras dengan Fokus Keempat Kementerian Pertahanan Tahun 2025, pihaknya turut memperuntukkan RM2.9 juta untuk penyelenggaraan RKAT dan Blok Penginapan Kem Lok Kawi.

Selain itu, kata beliau, kementerian turut memperuntukkan RM11.3 juta lagi bagi RKAT dan Selenggaraan Blok Penginapan 5 Divisyen.

“Secara keseluruhannya, terdapat empat buah blok penginapan di Kem Lok Kawi dan 161 pintu RKAT melibatkan Kem Lok Kawi, Kem Brooke, Kem Paradise, Kem Penampang dan Kem Sri Kinabatangan akan terlibat dalam selenggaraan bagi tahun ini,” katanya.

Sementara itu, dalam lawatan sama, Mohamed Khaled turut menyampaikan sumbangan kebajikan sebanyak RM500 kepada 20 pesakit kronik warga Pertahanan yang bertugas di 5 Divisyen.

Sumbangan berkenaan adalah antara usaha kementerian bagi meringankan beban warga tentera yang memerlukan khususnya dalam pengurusan kehidupan seharian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kos PRN bukan untuk ‘dibahagi’ kepada rakyat, kata Reezal Merican

DAKWAAN bahawa kos penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diagihkan terus kepada rakyat disifatkan sebagai kenyataan populis yang...

More Articles Like This