Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti – KPKM

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.

KPKM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka sentiasa komited untuk mencari penyelesaian terbaik melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras secara menyeluruh, untuk meningkatkan daya saing industri, memperkukuh kebajikan pesawah serta menjamin bekalan beras negara.

“Langkah-langkah yang bakal diambil bagi memastikan keberadaan beras putih tempatan (BPT) di pasaran akan dimaklumkan, setelah perincian mengenainya dipersetujui oleh kerajaan,” menurut kenyataan itu.

KPKM mengeluarkan kenyataan itu sebagai respons kepada Ketua Task Force Pemantauan Kluster Makanan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang menggesa kerajaan meletakkan portfolio padi dan beras di bawah badan itu, berikutan kekurangan BPT dalam pasaran.
— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This